Tuesday, May 5, 2009

NADIRAS ENTERPRISE : CIVIL ENGINEERING CONCRACTOR

SEJARAH DAN LATARBELAKANG

Syarikat Nadiras Enterprise pada asalnya mengendalikan perniagaan berasaskan makanan siap dan dibuka selama 24 jam sehari. Syarikat ini juga telah menjalankan kerja-kerja pembekalan makanan melalui tender-tender yang diperolehi daripada pihak kilang dan juga kantin-kantin swasta.

Nadiras Enterpirse terletak di Lot 7815, Taman Masria, Batu 7 ½, Jalan Cheras, 43200 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Nadiras Enterprise telah bertapak di lokasi ini sejak lebih tujuh tahun dan sudahpun mempunyai pelanggan tetap setempat.

Nadiras Enterprise akan sentiasa bergiat cergas dalam strategi perniagaannya yang tepat dan fleksibel serta mantap dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh pelanggan. Perkhidmatan bermutu dan berkualiti serta berdaya saing adalah intipati kepada seluruh pelanggan yang berurusan dengan Nadiras Enterprise.

Nadiras Enterprise adalah sebuah syarikat 100% bumiputra yang dikendalikan dengan bijaksana dan berwawasan. Moto syarikat adalah seperti berikut:

N- Nadi pembangunan Negara
A- Amanah dan cekap
D- Daya saing tinggi
I –Inspirasi dan berinovasi
R- Rajin dan tekun
A- Aspirasi kepada kejayaan
S –Saingan hebat




WAWASAN

Wawasan syarikat adalah berurusniaga secara tulus dan amanah serta berdaya saing dan cekap dalam bidang perkhidmatan pembinaan dan infrastruktur serta bekalan bahan berunsur makanan.



MISI


Meningkatkan kemajuan syarikat sebagaimana yang dirancang dan memuaskan keperluan pelanggan sebagai landasan kemajuan lebih tinggi serta menyahut seruan kerajaan dalam memajukan perniagaan golongan bumiputra.



OBJEKTIF

Objektif yang ingin dicapai adalah seperti berikut:

1) Mengukuhkan kedudukan kewangan dan modal teras serta dana syarikat untuk memajukan perniagaan seperti yang dirancang dalam jangkamasa terdekat.


2) Memberi perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan yang berurusan dan meminimumkan kesilapan untuk mencapai sasaran tinggi dalam syarikat.


3) Mengenalpasti risiko-risiko dan persaingan yang wujud dalam perniagaan untuk meningkatkan kewibawaan serta imej syarikat di mata seluruh pelanggan.


4) Mewujudkan kestabilan strategi perniagaan dan urusniaga di setiap cabang bagi mengurangkan risiko kegagalan serta sentiasa bersifat pro-aktif untuk mempertahankan kedudukan syarikat di pasaran perniagaan.


5) Berusaha mewujudkan idea-idea baru dalam perniagaan untuk memastikan perkhidmatan dinamik dan berdaya saing di pasaran tempatan dan masa hadapan.



ETIKA URUSNIAGA

Nadiras Enterprise akan mengamalkan budaya pengurusan yang cekap, amanah, jujur, berwibawa lagi boleh dipercayai. Syarikat juga tetap mengamalkan disiplin-disiplin kerja yang tinggi dalam perniagaan dan juga hubungan dengan pelanggan yang berurusan.



PENDAFTARAN

Nadiras Enterprise adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputra yang telah ditubuh dan didaftarkan pada 22 Mei 1997 dengan nombor pendaftaran 001044761-T. Jenis perniagaan berdaftar termasuk pemborong binaan, kerja-kerja ubahsuai rumah dan pejabat, mencuci bangunan, membersih kawasan, kerja landskap, kerja-kerja membuat jalan dan perkayuan, membekal makanan dan minuman, makanan mentah dan kering, makanan bermasak Islam, kerja-kerja pertanian, ternakan, perkhidmatan dan pembangunan tanah.